Dunia Seringkali manusia tertewas denganmu
Di bawah rantaian iblis durjana
Menggoda tidak kira masa
Menjejaki langkah sengsara
Buat selamanya
Dunia
Rupanya manusia tertipu
Kenikmatan yang zahir ini
Semuanya fana berlaka
Pasti hancur akhirnya
Termasuk kita, manusia
Dunia
Alangkah hinanya manusia
Mendakap erat nikmat sementara
Nikmat hakiki ditolak ke tepi
Nafsu serakah jadi penguasa diri
Thaghut akidah hati sejati
Akhirnya…lembah sengsara diterjuni
Dunia
Ramai manusia tunduk padamu
Menjadi syaitan bertopengkan manusia
Hanya…
Insan bertunjangkan iman hakiki
Mampu..
Melihat di balik tabirmu
Kerana…
Di depan sana masih menunggu
Alam baqa’ kekal abadi
Penentu hujungnya hidup ini
Ia tetap akan berlaku
Pasti!..
0 komentar: